PROFIL SEKOLAH

SMK Pulau Indah (SMKPI) merupakan sekolah harian dan termasuk dalam Kategori Gred B. Selama lebih 45 tahun sekolah ini menumpang di SK Pulau Indah iaitu sejak mula dibuka pada 1965 sehingga ke hari ini. Kini SMKPI berbangga kerana usaha pihak pentadbir sekolah dan kerjasama erat pihak PIBG, sekolah ini bakal menikmati bengunan baru yang sedang dalam pembinaan. Bangunan baru SMKPI telah dimulakan pada Mei 2009 dan dijangka siap pada Jun 2011. Walau bagaimanapun warga SMKPI setia menanti sekolah baru ini siap dan diharapkan boleh memulakan operasinya pada 2012 akan datang.