Logo Sekolah

 

image003

Ukuran lencana adalah bergaris pusat bulatan 2 cm, tinggi 4.7 cm dan lebar 4.2 cm.

 

Rasional warna:

Warna merah melambangkan berani

Warna kuning menggambarkan berilmu

Warna hitam membawa maksud berbakti

Warna putih bermaksud bersih

 

Rasional Rupa bentuk :

Simbol bulan dan bintang melambangkan Islam iaitu agama rasmi.

Malaysia berlandaskan Rukun Islam yang lima. Ianya bersesuaian dengan majoriti muridnya yang beragama Islam.

Obor dan Tiga Lingkaran Bulatan. Melambangkan semangat berdaya saing yang tinggi dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum.

Ombak menunjukkan lokasi sekolah ini yang terletak di sebuah pulau yang dikelilingi oleh lautan serta menggambarkan pembangunan yang pesat di sekitarĀ  pulau.

Lingkaran Sains dan Teknologi melambangkan bidang sains dan teknologi perlu dipelajari dan dikuasai demi masa depan yang lebih cemerlang dan gemilang.

 

Ungkapan :

Berilmu Berbakti bersesuaian dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menjadikan sekolah sebagai institusi masyarakat yang bakal melahirkan generasi yang berilmu, progresif dan berbakti untuk agama, bangsa dan Negara.

Hasil : En. Sarip bin Rosman dan En. Azmi bin Abu Bakar