SELAMAT DATANG KE WEB RASMI SMK PULAU INDAH ( Sekolah Amanah Malaysia )

P1170656 copy

SMK Pulau Indah atau nama lamanya SMK Pulau Lumut dibuka pada Januari 1965. Menumpang dengan SK Pulau Indah dalam satu kawasan yang sama. Seramai 26 orang murid mendaftar belajar di tingkatan 1. Guru yang pertama mengajar di sekolah ini ialah En. Sulaiman bin Md. Dom. pada tahun 1967, buat pertama kali murid menduduki SRP. Murid yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4 di SMK Tengku Ampuan Rahimah.

SMK Pulau Indah telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada hari Jumaat bersamaan 15 mac11968. Sekolah ini telah membuka kelas Tingkatan Empat mulai 1981 dengan hanya satu aliran sahaja iaitu aliran sastera. Pada tahun 1982 seramai 22 orang murid telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat julung kalinya. Pada tahun 1984 sekolah ini telah dinaik taraf daripada Gred C ke Gred B. Pada tahun 1985 YAB Tan Seri Dato’ Muhammad bin Muhammad Taib , Menteri Besar Selangor telah merasmikan sebuah bangunan tambahan yang dibina secara gotong royong oleh PIBG. Pada tahun 1999 nama sekolah telah ditukar kepada SMK Pulau Indah yang telah diperkenankan oleh Sultan Selangor, DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Pada tahun 2001, sat lagi blok bangunan dua tingkat telah siap dibina dan telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Mohammad Khir b Toyo, Menteri Besar Selangor pada 9 februari 2001. Sekolah ini telah berjaya melahirkan ramai insan cemerlang dalam bidang masing-masing.

Pada tahun 2012 tercipta sejarah apabila SMK Pulau Indah mendapat bangunan baharu yang tersergam indah di Laguna Park. Memiliki keluasan 14.3 hektar, sekolah ini mula beroperasi pada 2 Januari 2013. Majlis penyerahan kunci disempurnakan oleh Yg. Bhg Dato’ Mislan bin Tugiu iaitu Setiausaha Bahagian ( Pembangunan ) , Kementerian pelajaran Malaysia pada 17 Januari 2014. Perpindahan ini berjaya merubah minda guru dan murid untuk berusaha lebih gigih lagi untuk memajukan SMK Pulau Indah.

10648304_342380249269661_4648060046133579278_o